syayadik

syayadik
hye:)

syayadik

syayadik
hye:)

syayadik

syayadik
hye:)

Thursday 11 June 2015

Tuesday 30 September 2014


YANG NI BAGUS UNTUK IBU BAPA YANG ADA ANAK TENGAH PERIKSAAN upsr

KENAL PASTI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN.



Tip kali ini ialah, cara mengajar anak anda untuk mengenalpasti nilai kekuatan dan kelemahan
mereka. Mudah sahaja bukan?
Apabila anak anda sudah menulis matlamat mereka, mereka sebenarnya sudah boleh mendapat
gambaran tentang kekuatan dan kelemahan mereka.Mari kita bincangkan tentang kekuatan dulu.
Kebiasaannya, jika anak anda sudah mengenal pasti subjek yang menjadi kekuatannya, usaha
untuk mengulangkaji akan menjadi lebih mudah. Untuk subjek-subjek ini, anda perlu memastikan
anak anda mengulangkaji secara konsisten walaupun dalam tempoh yang singkat untuk
memastikan gred cemerlang yang diperoleh sebelum ini dapat dikekalkan.
Bantulah anak anda dengan cara mewujudkan suasana yang mampu membuatkan mereka lebih
bersemangat untuk mengulangkaji subjek kegemaran. Rasa tidak sabar untuk mengulangkaji
akan membangkitkan emosi yang lebih ceria ketika mengulangkaji. Kesannya, anak anda akan
lebih focus dan faham subjek kesukaannya.
Bagi subjek-subjek yang menjadi kelemahan, bantulah anak anda dengan mengingatkan mereka
kelemahan itu bukan sesuatu yang kekal. Ramai tokoh cemerlang bermula dengan kegagalan.
Kegagalan itulah satu langkah menuju kejayaan. Kedua, ajarkan anak anda untuk menjadikan
kelemahan sebagai cabaran dan bukannya sebab untuk terus berputusasa. Kemudian, minta
anak anda untuk membuat rancangan bagi mengatasi kelemahan mereka. Rancangan itu
termasuk rancangan untuk membuat lebih banyak latihan, berjumpa dengan guru lebih kerap
dan berkawan dengan kawan-kawan yang pandai dalam subjek tersebut.
Adalah normal untuk anak anda benci pada subjek yang mereka lemah. Jadi, jangan pelik jika
pada awalnya mereka memberontak untuk terus mengulangkaji subjek-subjek ini. Ajarkan anak
bersabar, dan paling penting, anda juga mesti sabar dengan karenah anak anda.

-doakan terbaik

RANCANG MATLAMAT YANG JELAS..


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda ibubapa yang prihatin mengenai tip-tip yang bolehanda lakukan bagi membantu anak anda menghadapi peperiksaan UPSR 2013. Semoga sudutibu bapa yang disediakan oleh Astro Tutor TV ini dapat melengkapkan anda dan anak-anakanda dengan ilmu-ilmu berguna untuk menghadapi pertempuran di medan peperiksaan tidaklama lagi. Mari kita lihat tip-tip menarik ini!Tip pertama ialah, minta anak anda menulis di atas sehelai kertas berapa jumlah A yangdiingininya dengan cara yang paling kreatif. Kemudian, lekatkan kertas yang tertulis matlamatitu pada ruang yang akan selalu dilihat oleh anak anda setiap hari. Cara ini akan membuatkananak anda sering berfikir tentang matlamatnya.Memiliki matlamat yang jelas akan mendorong anak anda melakukan perkara-perkara yangmembolehkannya mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, dengan cara menulis apa yang anakanda mahukan mampu mengaktifkan satu bahagian dalam mindanya yang dinamakan RAS(Reticular Activating System). Sistem ini akan membuatkan anak anda menjadi lebih pekadan mencari-cari peluang yang akan membantunya mencapai matlamat yang diimpikan.Contohnya, anak anda akan mencemburui rakannya yang lebih mahir dalam subjek Matematik,dan akan meminta bantuan rakan tersebut atau yang lain untuk membantunya lebih mahirdalam subjek tersebut.Ingat, matlamat pasti bermula dengan niat.Oleh itu, jika anak anda berniat untuk memperoleh5 A untuk peperiksaan UPSR 2013, usahanya pasti menuju ke arah matlamat ciptaannya.Andainya dia tidak memperoleh 5 A, sekurang-kurangnya bayangan kejayaan sudah berada didalam minda, dan anak anda sudah pun berjaya mencipta imej diri yang positif untukpeperiksaan seterusnya.Jangan lupa untuk membantu anak anda menetapkan matlamat yang betul. Biarkan merekaterbayang-bayang saat gembira apabila keputusan UPSR diumumkan nanti.Selamat Mencuba!